Tuesday, July 12, 2011

Ramadhan yang kurindui..kini muncul kembali..

akan saya hadir jika dijemput bagi mengimarahkan lagi bulan ramadhan kita dgn beribadah serta berdakwah bersama peminat-peminat yang dirindui...Ya Allah,sesungguhnya aku tidak sabar menanti ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi..

Assalamualaikum....kepada semua peminat yang disayangi..




Album baru single kedua saya akan mula dijual sebelum ramadhan ni...dan sesiapa yang ingin membuat tempahan persembahan,ceramah atau forum sempena Ramadhan & Syawal,boleh hubungi terus sya di talian 0125347289,atau emailkn ke almat:ct_arabic@yahoo.com & azhan_atan2008@yahoo.com.my

Monday, November 24, 2008

ALBUM AZHAN & AZHANCF.COM

Bersama orang kuat TV9 dan Al-Hafizd cilik

Abg Nash tuuu...hehehehe

Sape yg tak kenal bro Akhil Hayy kan......hehehehe

Aris Ariwatan..


Salam ukhuwah kepada semua pengunjung "Dunia Azhan Atan". Bermula 17 November yang lalu Azhan sudah pun memulakan proses rakaman untuk album beliau di Hijjaz Record dan setakat hari ini sudah siap dalam 40%. Album tersebut memuatkan 10 buah lagu dan diantara komposernya adalah Fauzi Marzuki, Usop Kopratasa dan Hijjaz sendiri. Juga istimewa Azhan akan berkolaborasi (betul ke ejaan ni?....hehehehe) dengan "Tentera Merah" (?) untuk lagu Perjuang. Apa-apa pun nantikan kemunculan albim sulong beliau.

Nak cerita sikit berkaitan dengan kelab peminat Azhan, insyaAllah kelab tersebut akan dilancarkan serentak dengan pelancaran album beliau. Kelab ini bertujuan untuk mengumpulkan seluruh peminat Azhan tak kira usia, kaum dan kriteria. InsyaAllah pihak pengurusan kelab telah dan akan merangka juga menyusun program-program bagi mengeratkan lagi ukhuwah juga memperbanyakkan lagi kerja amal sesama kita. Kepada yang berminat untuk menyertai bolehlah melayari www.azhanfc.com.

Jumpa lagi..... salam..
Amacam? Bleh celen Dato'(?) Shah Rukh Khan tak?....hehehehe.....

AZHAN DI KLUANG

Pada 23 November (Ahad) yang lalu, Yayasan AMAL Malaysia (Cawangan Johor) telah menjemput Azhan untuk mendendangkan beberapa buah nasyid bagi Mini Konsert Alteranatif di Dataran Kampung Melayu Kluang. Antara yang turut sama memeriahkan lagi konsert tersebut adalah kumpulan nasyid popular masakini D-MEN-C dan juga persembahan khas dikir barat Sri Perantau. So.... Selamat menikmati gambar-gambar yang dapat saya sediakan untuk tatapan semua.
Azhan mendendangkan Segalanya Pasti

Kumpulan Dikir Barat Sri Perantau.....(Memang syok...hehehehe)


Penaung Yayasan AMAL Malaysia (Cawangan Johor) En. Khairul Faizi menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penonton.

Persembahan terakhir bersama D-MEN-C dan Dikir Barat Sri Perantau.

InsyaAllah, pada 29 November ini Azhan akan berada di Jerantut. Kepada orang-orang Jerantut pakat datang ramai-ramai..... Dan pada 30 November ini pula Azhan telah dijemput bagi menyerikan lagi Program Santapan Diraja anjuran MPKB-BRI Kelantan. InsyaAllah saya akan cuba dapatkan berita, aktiviti serta perkembangan terkini yang berkaitan dengan Azhan Atan.

AZHAN DI SHAH ALAM

Salam ukhuwah kepada semua pengunjung "Dunia Azhan Atan". Firstly maaf sangat2 kepada semua kerana lewat sangat update blog Azhan ni. Pada 3 November yang lepas, Dewan Muslimat PAS Shah Alam telah menjemput Azhan untuk memeriahkan lagi program makan malam yang pada saya sebagai "Grand". Memang ramai hadirin yang hadir. Yang saya perasan adalah bekas pelakon lelaki yang terkenal dengan filem "Ali Setan" iaitu Azmil Mustafa..... Itu dulu.... Sekarang bukan lagi "Ali Setan", tapi sebagai "Ali Soleh". Alhamdulillah...Memang sejuk betul bila memandang wajah beliau. Namun yang paling istimewa adalah kehadiran Mursyidul Am YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dalam kuliah ringkas beliau menyatakan beliau mesti menghadiri majlis ini walaupun keadaan diri yang tak berapa sihat kerana ingin meraikan dan merasmikan kelab penyokong PAS Shah Alam. Lihatlah betapa sosok kerdil yang bergelar Tok Guru itu amat-amat menghargai mereka yang bukan Islam menyokong gerakan Islam. Kepada pihak penganjur, Azhan and da crew mengucapkan jazakallah dan tahniah dengan program yang berjaya dan sukses selalu. Semoga Allah merahmati kita semua.

Monday, November 10, 2008

AIDILFITRI AZHAN DIMANA-MANA

Salam ukhuwah kepada semua pengunjung2 blog ini. Maafkan saya kerana terlalu lewat meng"post"kan segala aktiviti2 Azhan Atan dek kerana beberapa masalah yang saya hadapi berkaitan dengan TM Streamyx ni juga dengan kewajipan saya sebagai pekerja. Namun begitu saya akan cuba lakukan yang terbaik. Berikut adalah sekitar program2 jemputan persembahan Azhan Atan sekitar Aidilfitri yang lalu.

KELANTAN DARUL NAIM

KEDAH DARUL AMANberduet bersama UNIC


menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir Kedah.

SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM
berduet bersama sdr. Razali anggota AMAL Segamat. (x sempat nak buka baju hijau...hehehe)


bersama Ust.Idris Ahmad


PAGOH, JOHOR DARUL TAKZIM

SEKOLAH AGAMA SIMPANG RENGGAM, JOHOR DARUL TAKZIM

HIMPUNAN AIDILFITRI TIGA DEWAN.
PULAI, JOHOR BAHRU.peminat fanatik....(hehehehe)




KEDIAMAN RASMI PEGAWAI TADBIR / KADI MAJLIS AGAMA ISLAM PONTIAN

MERSING, JOHOR DARUL TAKZIMmenguhurkan sumbangan kepada anak yatim Mersing


menziarahi sdr. Musa sahabat baik yang mengalami kemalangan 2 tahun lalu sehingga beliau lumpuh sebelah kanan badan dan tidak boleh bertutur akibat kerosakan saraf.


Alhamdulillah...... InsyaAllah, saya akan cuba mendapatkan berita2 terkini Azhan Atan.
Salam..






Wednesday, October 22, 2008